Seminar Bisnes 2015

Tuesday 17 July 2012

Ramadhan Highway Code



Amalan yang dapat menghidupkan Ramadan adalah dengan memperbanyakkan bersedekah kerana sikap bermurah hati pada bulan Ramadan adalah dituntut. Dari Ibn Abbas: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)



Berikut ada enam amalan yang disukai oleh junjungan Nabi Muhammad SAW ketika di bulan Ramadan;

Mengaji/Membaca Al-Quran
Memberi makanan kepada orang yang berbuka puasa.
Qiamullail
Solat Tarawih
Mengerjakan Umrah
Zakat fitrah
Firman Allah SWT yang bermaksud: “…bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

No comments:

Post a Comment