Seminar Bisnes 2015

Wednesday 18 March 2015

5 Dalil Kenapa Anwar Harus Kekal Di Penjara Dan Najib Kekal Perdana Menteri

Anwar Ibrahim harus kekal di penjara atas 5 dalil berikut :

1. Untuk meniupkan kembali semangat pejuang dan aktivis yang sentiasa turun naik.
2. Agar dapat mengekalkan ketidakadillan sistem kehakiman Malaysia
3. Untuk meniup semangat-semangat baru dalam perjuangan
4. Untuk menarik undi golongan berkecuali dan atas pagar
5. Untuk meniup gelombang baru perjuangan.


Najib harus dikekalkan sebagai Perdana Menteri atas 5 dalil berikut :

1. Agar beliau terus melakukan kesilapan demi kesilapan
2. Agar kesilapan dan kecuaian beliau dapat dibongkar sepenuhnya
3. Agar setiap kesalahan beliau dapat disabitkan
4. Agar pembaziran dan penindasan atas rakyat dapat diteruskan
5. Agar mudah untuk beliau dijatuhkan pada PRU14

Jebat
Editor Kanan Zass


Saturday 3 January 2015

Si Buruk Yang Hebat

Branding Hans Brinker dibina sebagai "hotel terburuk di dunia" dan kempen atas dasar kejujuran melampau. Kebanyakan hotel bersaing pada ciri-ciri seperti kebersihan, perkhidmatan, keselesaan, dan kemudahan, tetapi dalam usaha untuk membezakan, Hans Brinker telah memposisikan dirinya sebagai lawan yang jauh berbeza. Sejak pertengahan 1990-an, iklan Hans Brinker's (semua oleh agensi KesselsKramer) telah disebut-sebut keadaan hotel yang seharusnya mengerikan. Ini adalah mesej berlebihan - pelancong akan memberitahu anda bahawa hotel ini tidak seburuk seperti yang digambarkan. Walaupun idea branding diri sendiri sebagai "mengerikan" mungkin kelihatan kontra-intuitif, itu sebenarnya sebuah strategi perbezaan yang telah melakukan keajaiban buat hotel ini. Pelancong akan ramai datang ke Hans Brinker selama hampir 15 tahun kerana branding hotel dan iklan yang keterlaluan. Menurut sumber ini, penginap di hotel ini telah "meningkat dari 60.000 sampai 145.000 per tahun sejak Kessels mempromosikan untuk reputasi Hans Brinker."

Ketika Kessels (pengasas KesselsKramer) pada awalnya didekati oleh pengurus hotel, permintaan satu-satunya adalah bahawa ia tidak akan mendapatkan keluhan lagi. Ini cepat difahami oleh Kessel bahawa hanya hotel backpacker-berorientasikan kejujuran sahaja yang mudah dipromosikan. Iklan ironis mengatakan bahawa Hans Brinker's hanyalah hotel yang biasa-biasa sahaja telah melahirkan sebuah produk, termasuk sebuah buku yang berjudul "Hotel Terburuk di Dunia".

Pemilik Hans Brinker berkata "Saya benar-benar mencintai kempen terbaru mereka, berpusat di sekitar bagaimana Hans Brinker's "kurangnya perkhidmatan dan ciri-ciri yang membuatkan hotel ini yang paling ramah di dunia"



Wednesday 27 March 2013

Parlimen Malaysia Terbubar


Pada 27 Mac 2013, pertama kali dalam sejarah Malaysia yang merdeka selama 55 tahun, Parlimen Negeri Sembilan, salah satu negeri dalam Malaysia terbubar dengan sendirinya. Ini adalah sejarah yang patut dimasukkan dalam arkib dan sejarah politik Malaysia. Tidak pernah berlaku perkara seumpama ini. Hanya berlaku dizaman pemerintahan Dato Seri Najib Tun Razak yang mendapat mandat Perdana Menteri pertama bukan dari Pilihanraya Umum.

Sejak Najib menjadi Perdana Menteri telah banyak berlaku perkara suka duka kepada rakyat Malaysia. Beliau yang suka mengambil pendekatan populis pada awalnya hingga ke tarikh akhir pemerintahan telah membawa perubahan pro dan kontra.


Pendekatan yang pada awalnya dilihat positif semakin hari bertukar negatif kerana banyak kisah rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya timbul. Pertama kali juga dalam sejarah rakyat turun ke jalan dalam perhimpunan BERSIH yang menuntut pilihanraya umum yang bersih dari segala kekotoran.


Najib meneruskan pendekatan populisnya dengan BR1M, TR1MA, BB1M dan pelbagailagi yang dilihat hanya sogokan populis untuk meraih sokongan. Ia juga dikatakan salah satu punca dan peningkatan hutang negara yang mencecah 500 Bilion.

Nampaknya Najib cuba mencipta sejarah baru (baik atau buruk) seperti beliau yang menjadi Perdana Menteri bukan dari undi rakyat. Samada PRU13 akan berlansung pada 27 Mei 2013, sama-sama kita nantikan apa pula sejarah yang mahu dicipta oleh Najib.

Jebat

Saturday 28 July 2012

Sambutan Merdeka BN ke 55


Memang cerita ini telah menjadi bualan hangat topik semasa sejak seminggu kebelakangan ini. Bermula dengan logo Hari Kemerdekaan ke 55 yang tahap longkang kerana copy paste yang menaikkan kemarahan kebanyakan pereka grafik satu Malaysia kerana dianggap menjatuhkan kreativiti dan maruah mereka sebagai pereka grafik. Logo yang dikatakan setaraf dengan budak tadika baru belajar komputer itu memang tidak boleh diterima oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Tuesday 17 July 2012

Ramadhan Highway Code



Amalan yang dapat menghidupkan Ramadan adalah dengan memperbanyakkan bersedekah kerana sikap bermurah hati pada bulan Ramadan adalah dituntut. Dari Ibn Abbas: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)