Seminar Bisnes 2015

Saturday 28 July 2012

Sambutan Merdeka BN ke 55


Memang cerita ini telah menjadi bualan hangat topik semasa sejak seminggu kebelakangan ini. Bermula dengan logo Hari Kemerdekaan ke 55 yang tahap longkang kerana copy paste yang menaikkan kemarahan kebanyakan pereka grafik satu Malaysia kerana dianggap menjatuhkan kreativiti dan maruah mereka sebagai pereka grafik. Logo yang dikatakan setaraf dengan budak tadika baru belajar komputer itu memang tidak boleh diterima oleh kebanyakan rakyat Malaysia.


Rata-rata mereka mahukan logo itu diubah segera. Kemudian diperkenalkan pula lagu Merdeka yang dianggap sebagai polemik politik BN. Lagu yang liriknya ditulis sendiri oleh Datuk Rais Yatim itu dikecam hebat kerana terlalu bersifat politik dan sama seperti kempen politik BN 'Janji Ditepati' dan mengajak rakyat untuk membalas budi kerajaan yang telah memberikan pelbagai gula-gula politik sebelum ini.

Ramai yang menganggap kemerdekaan yang ke 55 tahun ini sepatutnya hebat telah bertukar menjadi bulan kemerdekaan yang paling tidak patriotik dan rata-rata tidak akan disambut oleh rakyat Malaysia akibat kebodohan logo, tema dan lagu Merdeka yang memang bersifatkan politik semata-mata.

Ada yang lebih ekstrem dengan membuat ruang 'facebook page' sebagai bantahan kepada logo kemerdekaan ini yang sudah mencecah hampir 7,000 like.

Walaupun Rais Yatim tetap berpegang teguh dengan kreativitinya, kebanyakan rakyat Malaysia menganggap Kemerdekaan Malaysia hanya disambut sehingga 54 tahun sahaja dan tahun ini adalah Hari Kemerdekaan Barisan Nasional yang masih berkuasa di Malaysia. Tidak kurang yang merasakan ini adalah tahun terakhir kerajaan Barisan Nasional menyambut kemerdekaan sebagai sebuah kerajaan dan logo serta lagu Merdeka ini memungkinkannya...

No comments:

Post a Comment