Seminar Bisnes 2015

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Wednesday, 18 March 2015

5 Dalil Kenapa Anwar Harus Kekal Di Penjara Dan Najib Kekal Perdana Menteri

Anwar Ibrahim harus kekal di penjara atas 5 dalil berikut :

1. Untuk meniupkan kembali semangat pejuang dan aktivis yang sentiasa turun naik.
2. Agar dapat mengekalkan ketidakadillan sistem kehakiman Malaysia
3. Untuk meniup semangat-semangat baru dalam perjuangan
4. Untuk menarik undi golongan berkecuali dan atas pagar
5. Untuk meniup gelombang baru perjuangan.


Najib harus dikekalkan sebagai Perdana Menteri atas 5 dalil berikut :

1. Agar beliau terus melakukan kesilapan demi kesilapan
2. Agar kesilapan dan kecuaian beliau dapat dibongkar sepenuhnya
3. Agar setiap kesalahan beliau dapat disabitkan
4. Agar pembaziran dan penindasan atas rakyat dapat diteruskan
5. Agar mudah untuk beliau dijatuhkan pada PRU14

Jebat
Editor Kanan Zass


Wednesday, 27 March 2013

Parlimen Malaysia Terbubar


Pada 27 Mac 2013, pertama kali dalam sejarah Malaysia yang merdeka selama 55 tahun, Parlimen Negeri Sembilan, salah satu negeri dalam Malaysia terbubar dengan sendirinya. Ini adalah sejarah yang patut dimasukkan dalam arkib dan sejarah politik Malaysia. Tidak pernah berlaku perkara seumpama ini. Hanya berlaku dizaman pemerintahan Dato Seri Najib Tun Razak yang mendapat mandat Perdana Menteri pertama bukan dari Pilihanraya Umum.

Sejak Najib menjadi Perdana Menteri telah banyak berlaku perkara suka duka kepada rakyat Malaysia. Beliau yang suka mengambil pendekatan populis pada awalnya hingga ke tarikh akhir pemerintahan telah membawa perubahan pro dan kontra.


Pendekatan yang pada awalnya dilihat positif semakin hari bertukar negatif kerana banyak kisah rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya timbul. Pertama kali juga dalam sejarah rakyat turun ke jalan dalam perhimpunan BERSIH yang menuntut pilihanraya umum yang bersih dari segala kekotoran.


Najib meneruskan pendekatan populisnya dengan BR1M, TR1MA, BB1M dan pelbagailagi yang dilihat hanya sogokan populis untuk meraih sokongan. Ia juga dikatakan salah satu punca dan peningkatan hutang negara yang mencecah 500 Bilion.

Nampaknya Najib cuba mencipta sejarah baru (baik atau buruk) seperti beliau yang menjadi Perdana Menteri bukan dari undi rakyat. Samada PRU13 akan berlansung pada 27 Mei 2013, sama-sama kita nantikan apa pula sejarah yang mahu dicipta oleh Najib.

Jebat

Wednesday, 4 April 2012

Duduk Bantah



Bersih 3 telah dilancarkan serentak seluruh negara dan dunia pada 28 april 2012 neh. Rakyat malaysia yang berada dalam negara atau luar negara dijemput bersama2 84 NGO untuk bersama2 dalam himpunan BERSIH 3.

Kenapa perlu lancarkan bersih 3? Ini yang ramai orang nak sangat tahu.

Sunday, 1 April 2012

Belajar Dari Tuah dan Jebat



oleh Che Wan

Lazim, semua orang mengetahui tentang cerita hikayat pahlawan lima bersaudara yang pernah berjuang di negeri bernama Melaka. Cerita ini amat terkenal terutamanya dikalangan masyarakat melayu kerana ianya melambangkan kegagahan, keperwiraan dan tradisi bangsa. Sejarah cerita ini bertahan sekian lamanya ibarat kata pepatah, tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Monday, 19 March 2012

Tinggal Umno: Selepas Kadir Tengku Razaleigh Pula?

oleh MSO Melayu



Duri yang mencocok punggung Umno sejak kebelakangan ini telah tercabut dengan sendirinya apabila Kadir Sheikh Fadzil telah mengumumkan keluar dari parti berkenaan hari ini. Surat keluar dari Umno dihantar kepada Setiausaha Agung Umno hari ini.

Tindakan bekas menteri penerangan itu dikatakan menjadi duri dalam daging kepada Umno dengan sikapnya mengkritik parti berkenaan. Kritikan yang tidak dapat diterima Umno ialah berhubung dakwaan Kadir yang Umno membeli pengundi dalam pilihan raya lalu.