Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts
Wednesday, 27 March 2013
Parlimen Malaysia Terbubar
Pada 27 Mac 2013, pertama kali dalam sejarah Malaysia yang merdeka selama 55 tahun, Parlimen Negeri Sembilan, salah satu negeri dalam Malaysia terbubar dengan sendirinya. Ini adalah sejarah yang patut dimasukkan dalam arkib dan sejarah politik Malaysia. Tidak pernah berlaku perkara seumpama ini. Hanya berlaku dizaman pemerintahan Dato Seri Najib Tun Razak yang mendapat mandat Perdana Menteri pertama bukan dari Pilihanraya Umum.
Sejak Najib menjadi Perdana Menteri telah banyak berlaku perkara suka duka kepada rakyat Malaysia. Beliau yang suka mengambil pendekatan populis pada awalnya hingga ke tarikh akhir pemerintahan telah membawa perubahan pro dan kontra.
Pendekatan yang pada awalnya dilihat positif semakin hari bertukar negatif kerana banyak kisah rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya timbul. Pertama kali juga dalam sejarah rakyat turun ke jalan dalam perhimpunan BERSIH yang menuntut pilihanraya umum yang bersih dari segala kekotoran.
Najib meneruskan pendekatan populisnya dengan BR1M, TR1MA, BB1M dan pelbagailagi yang dilihat hanya sogokan populis untuk meraih sokongan. Ia juga dikatakan salah satu punca dan peningkatan hutang negara yang mencecah 500 Bilion.
Nampaknya Najib cuba mencipta sejarah baru (baik atau buruk) seperti beliau yang menjadi Perdana Menteri bukan dari undi rakyat. Samada PRU13 akan berlansung pada 27 Mei 2013, sama-sama kita nantikan apa pula sejarah yang mahu dicipta oleh Najib.
Jebat
Saturday, 28 July 2012
Sambutan Merdeka BN ke 55
Memang cerita ini telah menjadi bualan hangat topik semasa sejak seminggu kebelakangan ini. Bermula dengan logo Hari Kemerdekaan ke 55 yang tahap longkang kerana copy paste yang menaikkan kemarahan kebanyakan pereka grafik satu Malaysia kerana dianggap menjatuhkan kreativiti dan maruah mereka sebagai pereka grafik. Logo yang dikatakan setaraf dengan budak tadika baru belajar komputer itu memang tidak boleh diterima oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Wednesday, 4 April 2012
Apple Kaya 100 Bilion
Produk yang hebat dengan margin yang tinggi telah berjaya membuatkan Apple duduk di atas satu jumlah wang yang hampir tidak dapat dibayangkan - $ 97 bilion mengikut laporan pendapatan akhir tahun mereka. Semua tengah berkira-kira apakah yang akan dilakukan dengan duit sebanyak itu?
Dan berapa besarkah nilai satu bilion pula? Klik imej di bawah untuk melihat apa yang anda boleh mendapat dengan $ 97.6bn.
Berapa banyak nilai $100bn sebenarnya? Ia agak cukup untuk membayar untuk penyusunan semula hutang Greece, sebagai contoh: yang memerlukan $138bn. Klik imej di atas, oleh Penjaga pereka Kari-Rut Pedersen, untuk melihat bagaimana ia dibandingkan.
Berbilion-bilion ada di mana-mana. AS mempunyai defisit bajet sekitar $100bn sebulan; kerajaan UK membelanjakan hampir £ 700bn defisit belanjawan tahun; dunia sekarang mempunyai lebih daripada tujuh bilion orang di dalamnya. Dari segi banyak cerita yang kita lakukan, satu bilion adalah di mana nombor benar-benar mempunyai kesan.
Sunday, 1 April 2012
Isu Belia Gaji Minima
Isu Gaji Minima ini berkait rapat serta langsung dengan kebajikan rakyat keseluruhan. Bagi saya, isu gaji minima adalah satu isu nasional yang begitu relevan kepada generasi muda kerana mereka mewakili hampir dua per tiga daripada golongan yang bekerja. Dalam desakan ini, kalau kita lihat kepada pola kenaikan dan tahap gaji pekerja tempatan, ia berada pada paras yang rendah.
Monday, 26 March 2012
Relaks! Hutang Malaysia Masih Rendah
Ini satu berita baik buat rakyat Malaysia. Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek, yang jelas masih bertoleransi tinggi terhadap risiko dan bahaya mengatakan bahawa hutang Malaysia masih di bawah tahap kritikal iaitu 53 peratus Keluaran Negara Kasar berbanding 55 peratus had kritikal yang di unjurkan. "Jadi tak perlu bimbang", ujarnya.
“Kebijaksanaan” seperti itu, patut diberi hadiah kepada Awang kerna membuat satu kenyataan paling 'bijak' setakat bulan ini. Mungkin bila tahap hutang Malaysia meningkat 55 peratus nanti, barulah kita patut cemas dan mulakan langkah berjaga-jaga untuk membasmi ekonomi Malaysia yang makin merudum.
Friday, 23 March 2012
Keluar Rumah Kerana Tiada Tandas
Seorang wanita India yang memaksa suaminya untuk membina sebuah tandas di rumah mereka telah dihadiahkan dengan cek bernilai $10,000 (£ 6,000) oleh satu NGO.
Anita Narre meninggalkan rumah suami Shivram di negeri Madhya Pradesh dua hari selepas perkahwinan mereka pada Mei tahun lepas kerana tiada tandas. Beliau kembali lapan hari kemudian selepas Shivram, seorang buruh biasa, membina satu tandas dengan duit simpanan dan bantuan jiran-jiran '. Ini kerana kebiasaan rakyat luar bandar akan membuang air di mana-mana sahaja secara terbuka seperti di balik pokok dan semak.
Wednesday, 21 March 2012
Harga Hartanah ‘GILA’ - Daim
![]() |
gambar hiasan
|
Beliau menggesa kerajaan mempercepatkan langkah-langkah kawalan dan menghentikan tindakan pemaju yang “merosakan” pasaran, mengikut laporan Nanyang Siang Pau pada Isnin lepas.
Beliau menegaskan bahawa kenyataan yang sering di tekankan oleh pemain industri hartanah bahawa harga hartanah di negara ini adalah lebih rendah berbanding beberapa negara jiran adalah mengelirukan.
Monday, 19 March 2012
Facebook Halal?
oleh Jebat
Pagi tadi Jebat rasa nak ketawa pun ada, terkesima pun. Bermacam-macam Jebat rasa bila bukak Facebook tiba-tiba melihat ada Facebook Halal. Lalu terfikir sejenak, apa selama ini Facebook tu haram? Tidak halal? Nampaknya FB Halal ni kalau nak lepas ke Malaysia kenalah ada sijil Halal JAKIM, barulah sahih halalnya ye dak?
Facebook Halal ini atau namanya Salamworld di perkenalkan di Malaysia oleh Jumaatun Azmi (gambar), pengasas World Halal Forum dan tulang belakang KasehDia. Ia terlebih dahulu telah dilancarkan di Turki.
Pagi tadi Jebat rasa nak ketawa pun ada, terkesima pun. Bermacam-macam Jebat rasa bila bukak Facebook tiba-tiba melihat ada Facebook Halal. Lalu terfikir sejenak, apa selama ini Facebook tu haram? Tidak halal? Nampaknya FB Halal ni kalau nak lepas ke Malaysia kenalah ada sijil Halal JAKIM, barulah sahih halalnya ye dak?
![]() |
| Founder-director of the World Halal Forum Jumaatun Azmi says the network is geared towards providing the moderate and peaceful majority a platform for safe interaction and discourse. |
Kunci kepada penubuhan Salamworld ini adalah untuk membuat sebuah laman web yang selamat yang bebas daripada segala yang haram atau dilarang - pornografi, aktiviti jenayah, penipuan, pedofilia dan iklan berkaitan judi dan alkohol.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















