![]() |
gambar hiasan
|
Beliau menggesa kerajaan mempercepatkan langkah-langkah kawalan dan menghentikan tindakan pemaju yang “merosakan” pasaran, mengikut laporan Nanyang Siang Pau pada Isnin lepas.
Beliau menegaskan bahawa kenyataan yang sering di tekankan oleh pemain industri hartanah bahawa harga hartanah di negara ini adalah lebih rendah berbanding beberapa negara jiran adalah mengelirukan.
Veteran Umno ini menegaskan bahawa “kerajaan perlu berhati-hati, mesti melaksanakan dasar-dasar yang memberi manfaat kepada rakyat”.
Pada kenaikan mendadak harga hartanah dalam tempoh dua tahun yang lalu, beliau berkata “harga hartanah naik macam gila”.
Mengenai dakwaan oleh pemaju dan ejen hartanah bahawa tidak ada gelembung hartanah di Malaysia dan harga di sini adalah lebih rendah berbanding di negara-negara seperti Singapura dan Hong Kong, Daim berkata, “Sudah tentu, pendapatan mereka lebih daripada kita”.
Tambahan beliau “Jika kerajaan mengambil berat keperluan rakyat, mereka tidak akan mempertimbangkan untuk menukar kerajaan,” katanya.
Daim juga bersetuju dengan pelaksanaan dasar gaji minimum tetapi berkata bahawa produktiviti perlu dipertingkatkan seiring. Pada masa yang sama, kerajaan perlu mengawal inflasi, katanya.
Sambil menjelaskan bahawa seseorang yang berpendapatan RM3,000 sebulan masih mendapati sukar untuk hidup di Kuala Lumpur hari ini, beliau merasakan bahawa gaji minimum yang sepatutnya ditetapkan pada RM1,200 sebulan.
![]() |
gambar hiasan |
Walaupun isu ini nampak remeh, namun ia adalah sesuatu yang besar dan harus ditangani dengan cepat dan bijak. Rata-rata penduduk Kuala Lumpur yang berumur 30 ke atas masih belum mampu untuk membeli rumah sendiri kerana kadar yang tinggi. Kesusahan untuk membuat penjaman juga adalah satu sumbangan yang besar kepada berlakunya keadaan ini.
Rumah Mesra Rakyat yang dilancarkan kerajaan agak bagus. Dengan kadar sewa RM150 sebulan, ia pastinya mampu di miliki kebanyakan pembeli. Namun syaratnya untuk dibangunkan atas tanah sendiri amat sukar dijalankan di kota berbanding di kampung. Bagaimana mahu ada tanah sendiri jika rumah pun belum mampu dimiliki?
Kami menyeru agar kerajaan menyemak semula kadar gaji minima mengikut tempat dan pekerjaan. Juga memudahkan pemilikan rumah dengan memperbanyakkan rumah mampu milik di bawah RM100,000 berbanding RM200,000 ke atas yang dimajukan oleh kebanyakan pemaju di Lembah Kelang sekarang ini agar semua rakyat dapat mengimpikan '1 Keluarga 1 Rumah' pada masa akan datang.
petikan dari D'Rumah dari artikel asal The Sun Daily
petikan dari D'Rumah dari artikel asal The Sun Daily
No comments:
Post a Comment