Pagi tadi Jebat rasa nak ketawa pun ada, terkesima pun. Bermacam-macam Jebat rasa bila bukak Facebook tiba-tiba melihat ada Facebook Halal. Lalu terfikir sejenak, apa selama ini Facebook tu haram? Tidak halal? Nampaknya FB Halal ni kalau nak lepas ke Malaysia kenalah ada sijil Halal JAKIM, barulah sahih halalnya ye dak?
![]() |
Founder-director of the World Halal Forum Jumaatun Azmi says the network is geared towards providing the moderate and peaceful majority a platform for safe interaction and discourse. |
Kunci kepada penubuhan Salamworld ini adalah untuk membuat sebuah laman web yang selamat yang bebas daripada segala yang haram atau dilarang - pornografi, aktiviti jenayah, penipuan, pedofilia dan iklan berkaitan judi dan alkohol.
Jebat menyokong penuh penubuhan ini jika ia boleh memberi manfaat kepada Islam dan menyumbang dengan secara tidak lansung akan keperibadian umat. Namun kalau ia sekadar satu platform 'branding' semata-mata, Jebat rasa Facebook yang ada sekarang dah cukup baik digunakan oleh ahlli ugama dan pendakwah dalam menyampai dahwah masing sebagai salah satu medium alternatif.
Cuma yang Jebat sangsi, kenapa ia dilancarkan di Turki di mana Islam adalah sekular dan pernah terlibat dalam kontroversi dan krisi pemakaian tudung oleh Muslimah suatu ketika dulu? Namun jika melihat pada pengasas kita,ok...Jebat tak mau komen :)
Alternatif Facebook untuk muslim ini dah lama dibuat oleh orang lain. Contohnya Moslem Space, Millat Facebook dan Facebook4Muslim (sekadar menyebut beberapa laman web), namun masih belum mampu menarik minat umat Islam untuk menyertai apatah lagi menyaingi laman web sosial janaan Yahudi Mark Zuckerberg ini.
Bagi Jebat, baik Jumaatun anjurkan semula World Halal Forum dan gunakan duit itu untuk membuat kursus 'Cara-cara Pemakaian Tudung Yang Halal' :)
No comments:
Post a Comment