Seminar Bisnes 2015

Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Sunday, 1 April 2012

Isu Belia Gaji Minima



Isu Gaji Minima ini berkait rapat serta langsung dengan kebajikan rakyat keseluruhan. Bagi saya, isu gaji minima adalah satu isu nasional yang begitu relevan kepada generasi muda kerana mereka mewakili hampir dua per tiga daripada golongan yang bekerja. Dalam desakan ini, kalau kita lihat kepada pola kenaikan dan tahap gaji pekerja tempatan, ia berada pada paras yang rendah.

Sunday, 18 March 2012

Memahami Wasatiyyah


Oleh MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH
MENURUT Imam Mohamed Baianonie, istilah Arab, wasat, membawa tiga makna, iaitu  to be moderate, to be in the middle, and to be the best. Therefore, when Allah s.w.t describes the Muslim Ummah as a nation that is Wasat, Allah means that we are moderate, we are an Ummah that is in the middle, and that we are the best nation. Atawasoot in an Islamic sense means that the Muslim should try his best to be moderate in all of his affairs, and he should keep away from extreme practices and making extreme statements.
Apabila membaca definisi di atas, berkata hati saya, alangkah hebatnya umat Islam jika mereka dapat menyelami dan memahami serta mempraktikkan konsep wasatiyyah ini. Maka, tidak hairanlah baru-baru ini, kami telah dipanggil oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memperhalusi konsep ini. Saya amat bersyukur sekali kerana pimpinan negara mengajak rakyat bersama-sama berbincang sesuatu dasar sebelum ia dilaksanakan. Itulah sebenarnya jalan yang terbaik, kerana demokrasi itu adalah daripada rakyat untuk rakyat. Berilah peluang kepada suara keramat ini untuk menyuarakan pendapat. Pendapat mereka adalah pendapat akar umbi kerana mereka merakyat walaupun tidak menjadi wakil rakyat. Kekuatan rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang perlu digembleng, barulah kita boleh jadi kuat. Rasulullah s.a.w selalu menilai kekuatan dan meraikan pandangan para sahabat, walaupun Baginda seorang Rasul. Tanpa rakyat siapalah kita.