Seminar Bisnes 2015

Monday 26 March 2012

Relaks! Hutang Malaysia Masih Rendah

Ini satu berita baik buat rakyat Malaysia. Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek, yang jelas masih bertoleransi tinggi terhadap risiko dan bahaya mengatakan bahawa hutang Malaysia masih di bawah tahap kritikal iaitu 53 peratus Keluaran Negara Kasar berbanding 55 peratus had kritikal yang di unjurkan. "Jadi tak perlu bimbang", ujarnya.

“Kebijaksanaan” seperti itu, patut diberi hadiah kepada Awang kerna membuat satu kenyataan paling 'bijak' setakat bulan ini. Mungkin bila tahap hutang Malaysia meningkat 55 peratus nanti, barulah kita patut cemas dan mulakan langkah berjaga-jaga untuk membasmi ekonomi Malaysia yang makin merudum. 


Untuk rekod, berdasarkan Laporan Ekonomi Kerajaan Malaysia 2011/2, hutang kerajaan persekutuan telah mencecah RM455.7 bilion pada akhir tahun 2011.

Pada pilihanraya umum tahun 2008, Awang bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen dan DUN. Namun beliau kalah di kedua-dua kerusi terbabit. Beliau pernah mencadangkan untuk menimbang kerajaan mungkin mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan selaku Timbalan Menteri Kewangan semata-mata bagi mengekang perjudian dan pertaruhan haram yang tetap akan berlaku dan tanpa kawalan. Hasil judi itu dapat digunakan untuk pembangunan sukan, ujar beliau.

Masa terus bergerak ke tahun 2019, tahun diramalkan negara mengalami bakrupsi sebagaimana di ramalkan oleh kebanyakan menteri sendiri. Tapi tiada sesiapa yang terkejut atau bimbang lagi. Kerana ia sudah tidak dapat dielakkan. Namun bolehkah kita menerima kejutan 'the big fat reality' ini?

Apakah jalan yang sedang dilakukan oleh kerajaan untuk membendung ekonomi Malaysia ke tahap kritikal yang hanya tinggal 2 peratus saja lagi? Apakah dengan lambakan wang imbuhan kepada rakyat menjelang PRU13 yang diramalkan Jun ini mampu mengimbangi ekonomi ke tahap yang lebih baik?

ps: Jebat - senyum sinis :)

No comments:

Post a Comment