Seminar Bisnes 2015

Wednesday 27 March 2013

Parlimen Malaysia Terbubar


Pada 27 Mac 2013, pertama kali dalam sejarah Malaysia yang merdeka selama 55 tahun, Parlimen Negeri Sembilan, salah satu negeri dalam Malaysia terbubar dengan sendirinya. Ini adalah sejarah yang patut dimasukkan dalam arkib dan sejarah politik Malaysia. Tidak pernah berlaku perkara seumpama ini. Hanya berlaku dizaman pemerintahan Dato Seri Najib Tun Razak yang mendapat mandat Perdana Menteri pertama bukan dari Pilihanraya Umum.

Sejak Najib menjadi Perdana Menteri telah banyak berlaku perkara suka duka kepada rakyat Malaysia. Beliau yang suka mengambil pendekatan populis pada awalnya hingga ke tarikh akhir pemerintahan telah membawa perubahan pro dan kontra.


Pendekatan yang pada awalnya dilihat positif semakin hari bertukar negatif kerana banyak kisah rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya timbul. Pertama kali juga dalam sejarah rakyat turun ke jalan dalam perhimpunan BERSIH yang menuntut pilihanraya umum yang bersih dari segala kekotoran.


Najib meneruskan pendekatan populisnya dengan BR1M, TR1MA, BB1M dan pelbagailagi yang dilihat hanya sogokan populis untuk meraih sokongan. Ia juga dikatakan salah satu punca dan peningkatan hutang negara yang mencecah 500 Bilion.

Nampaknya Najib cuba mencipta sejarah baru (baik atau buruk) seperti beliau yang menjadi Perdana Menteri bukan dari undi rakyat. Samada PRU13 akan berlansung pada 27 Mei 2013, sama-sama kita nantikan apa pula sejarah yang mahu dicipta oleh Najib.

Jebat

No comments:

Post a Comment