Seminar Bisnes 2015

Sunday 1 April 2012

Malu Itu Iman





KEBANYAKAN malapetaka sosial yang menimpa masyarakat hari ini seperti gejala seks
rambang, hidup bersekedudukan tanpa nikah, main kayu tiga, anak luar nikah, penderaan wanita
dan kanak-kanak, wabak Aids adalah kerana hilang atau kurangnya sifat malu dalam diri
manusia.

Daripada Abi Mas'ud al-Badri berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya di antara ucapan kenabian pertama (Adam) yang didapati manusia (daripada
generasi ke generasi) adalah, “Jika engkau tidak malu maka perbuatlah apa yang engkau
inginkan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Hadis Nabi SAW ada menyatakan bahawa: “Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah
saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak.” (Hadis
riwayat Baihaqi)

Maksud hadis itu ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang.
Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu.
Nabi SAW bersabda bermaksud: “Apabila seorang itu terbabit dengan perzinaan, dia bukan lagi
beriman, apabila seseorang itu mencuri, dia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu
meminum arak, dia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyeleweng selepas
diberi amanah oleh orang lain, dia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang di antara
kamu menipu, dia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah.”

Justeru, malu seorang lelaki atau wanita itu datang daripada sifat malu kerana takut kepada
Allah.

No comments:

Post a Comment