Seminar Bisnes 2015

Wednesday, 28 March 2012

Rahsia Di Sebalik Kejayaan Orang Yang Tidak Solat


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.

Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?


Monday, 26 March 2012

Relaks! Hutang Malaysia Masih Rendah

Ini satu berita baik buat rakyat Malaysia. Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek, yang jelas masih bertoleransi tinggi terhadap risiko dan bahaya mengatakan bahawa hutang Malaysia masih di bawah tahap kritikal iaitu 53 peratus Keluaran Negara Kasar berbanding 55 peratus had kritikal yang di unjurkan. "Jadi tak perlu bimbang", ujarnya.

“Kebijaksanaan” seperti itu, patut diberi hadiah kepada Awang kerna membuat satu kenyataan paling 'bijak' setakat bulan ini. Mungkin bila tahap hutang Malaysia meningkat 55 peratus nanti, barulah kita patut cemas dan mulakan langkah berjaga-jaga untuk membasmi ekonomi Malaysia yang makin merudum. 

Saturday, 24 March 2012

Friday, 23 March 2012

David Ghetto Di Sepang F1


Nantikan kemunculan David Ghetto di Petronas Malaysia Grand Prix F1 Sepang hujung minggu ini. Tiket-tiket masuk bernilai RM10 boleh dibeli secara pukal atau secara sedekah mengikut kemampuan di pintu masuk persembahan. Untuk pembelian online, sila ke www.kaukenatipu.com. David Ghetto akan di temani oleh Will.i.am Baskaran sebagai vokal. Jangan lepaskan peluang yang tak mungkin berlaku lagi!

SATURDAY NIGHT "DRIFT ASSAULT!"



Acara: Saturday Night Drift Assault!
Format Acara: Free Run / Drift Show
Anjuran: Drift Management Sdn Bhd
Penaja : Drive M7 Energy Drink, X1R, TONNKA & Motorsports Playground
Sokongan: Kelab Lumba Kuda Selangor/Selangor Turf Club, DBKL, PDRM, Fotografia De Lyzard
Venue: Speed City KL, Kelab Lumba Kuda Selangor, Sungai Besi
GPS Coordinates: 3.046922, 101.713747
Tarikh: Setiap Sabtu
Masa: 2000(Sabtu) - 0100(Ahad)
Bayaran penonton: RM6
Bayaran peserta: RM60
Parking : RM5
Taxi Drift Ride : RM60 untuk 2 run drifting bersama drifter profesional

Hasil Babi - Semak Label Sebelum Beli



Babi adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia. Ia juga dikenali sebagai khinzir (perkataan Arab). Selain itu, babi adalah salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan lebih mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.

Dalam al-Quran dinyatakan bahawa babi adalah najis yang haram jika disentuh dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Babi juga turut diharamkan dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent di kalangan penganut Kristian. Kajian tentang DNA babi mendapati bahawa struktur genetik babi adalah terhampir dengan struktur genetik manusia berbanding haiwan-haiwan lain.

Keluar Rumah Kerana Tiada Tandas



Seorang wanita India yang memaksa suaminya untuk membina sebuah tandas di rumah mereka telah dihadiahkan dengan cek bernilai $10,000 (£ 6,000) oleh satu NGO.

Anita Narre meninggalkan rumah suami Shivram di negeri Madhya Pradesh dua hari selepas perkahwinan mereka pada Mei tahun lepas kerana tiada tandas. Beliau kembali lapan hari kemudian selepas Shivram, seorang buruh biasa, membina satu tandas dengan duit simpanan dan bantuan jiran-jiran '. Ini kerana kebiasaan rakyat luar bandar akan membuang air di mana-mana sahaja secara terbuka seperti di balik pokok dan semak.


Wednesday, 21 March 2012

Harga Hartanah ‘GILA’ - Daim

oleh Jebat
gambar hiasan

BEKAS Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mengatakan harga hartanah kediaman di Malaysia adalah terlalu tinggi, dan jauh di luar kemampuan rakyat.

Beliau menggesa kerajaan mempercepatkan langkah-langkah kawalan dan menghentikan tindakan pemaju yang “merosakan” pasaran, mengikut laporan Nanyang Siang Pau pada Isnin lepas.

Beliau menegaskan bahawa kenyataan yang sering di tekankan oleh pemain industri hartanah bahawa harga hartanah di negara ini adalah lebih rendah berbanding beberapa negara jiran adalah mengelirukan.


Tuesday, 20 March 2012

Burger Bakar Kaw-Kaw!

gambar oleh Leon Lim
Inilah burger yang sedang hangat diperkatakan di laman web sekarang. Telah menerima pengiktirafan dari Jalan-Jalan Cari Makan sebagai salah satu tempat 'hangout' makan yang cool masakini. Di usahakan oleh Nas Baharuddin dan Nini Haznita, Burger Bakar bertempat di Seksyen 2, Wangsa Maju.


Monday, 19 March 2012

Tinggal Umno: Selepas Kadir Tengku Razaleigh Pula?

oleh MSO Melayu



Duri yang mencocok punggung Umno sejak kebelakangan ini telah tercabut dengan sendirinya apabila Kadir Sheikh Fadzil telah mengumumkan keluar dari parti berkenaan hari ini. Surat keluar dari Umno dihantar kepada Setiausaha Agung Umno hari ini.

Tindakan bekas menteri penerangan itu dikatakan menjadi duri dalam daging kepada Umno dengan sikapnya mengkritik parti berkenaan. Kritikan yang tidak dapat diterima Umno ialah berhubung dakwaan Kadir yang Umno membeli pengundi dalam pilihan raya lalu.


Facebook Halal?

oleh Jebat

Pagi tadi Jebat rasa nak ketawa pun ada, terkesima pun. Bermacam-macam Jebat rasa bila bukak Facebook tiba-tiba melihat ada Facebook Halal. Lalu terfikir sejenak, apa selama ini Facebook tu haram? Tidak halal? Nampaknya FB Halal ni kalau nak lepas ke Malaysia kenalah ada sijil Halal JAKIM, barulah sahih halalnya ye dak?

Founder-director of the World Halal Forum Jumaatun Azmi says the network is geared towards providing the moderate and peaceful majority a platform for safe interaction and discourse. 
Facebook Halal ini atau namanya Salamworld di perkenalkan di Malaysia oleh Jumaatun Azmi (gambar), pengasas World Halal Forum dan tulang belakang KasehDia. Ia terlebih dahulu telah dilancarkan di Turki.

Kunci kepada penubuhan Salamworld ini adalah untuk membuat sebuah laman web yang selamat yang bebas daripada segala yang haram atau dilarang - pornografi, aktiviti jenayah, penipuan, pedofilia dan iklan berkaitan judi dan alkohol.

Gaya Hidup Bajet

Apa khabar semua? Tak sabar rasanya Abg Joe nak kongsikan dengan anda semua tentang tajuk kali ni. Kenapa ek Gaya Hidup Bajet? Lagi mau tanya ke? :). Tak faham-faham lagi sekarang minyak naik, gula naik, tepung naik, tol naik. Senang citer semua naik lah. Darah Abg Joe jek yang belum nak naik lagi. Nasib baik la Abg Joe amalkan gaya hidup sihat :).

Ok lah, tak mau celoteh lebar. Sebenarnya gaya hidup bajet ni memang jadi pilihan semua orang. Semua orang nak bajet zaman meleset ni. Terutama sekali bila dah tengah bulan. Poket pun dah kering tapi perut nak kena isi beb...

Jom Abg nak bagi tips sikit ye. Sebenarnya anyak cara kita boleh berjimat tentang makan ni. Paling senang, suruh kawan belanja la. Makan FREE!!! Hahaha..sapa tak suka kan. Tapi kalau dah selalu sangat, boleh jugak dapat pelempang FREE! hehehe...


Sunday, 18 March 2012

Memahami Wasatiyyah


Oleh MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH
MENURUT Imam Mohamed Baianonie, istilah Arab, wasat, membawa tiga makna, iaitu  to be moderate, to be in the middle, and to be the best. Therefore, when Allah s.w.t describes the Muslim Ummah as a nation that is Wasat, Allah means that we are moderate, we are an Ummah that is in the middle, and that we are the best nation. Atawasoot in an Islamic sense means that the Muslim should try his best to be moderate in all of his affairs, and he should keep away from extreme practices and making extreme statements.
Apabila membaca definisi di atas, berkata hati saya, alangkah hebatnya umat Islam jika mereka dapat menyelami dan memahami serta mempraktikkan konsep wasatiyyah ini. Maka, tidak hairanlah baru-baru ini, kami telah dipanggil oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memperhalusi konsep ini. Saya amat bersyukur sekali kerana pimpinan negara mengajak rakyat bersama-sama berbincang sesuatu dasar sebelum ia dilaksanakan. Itulah sebenarnya jalan yang terbaik, kerana demokrasi itu adalah daripada rakyat untuk rakyat. Berilah peluang kepada suara keramat ini untuk menyuarakan pendapat. Pendapat mereka adalah pendapat akar umbi kerana mereka merakyat walaupun tidak menjadi wakil rakyat. Kekuatan rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang perlu digembleng, barulah kita boleh jadi kuat. Rasulullah s.a.w selalu menilai kekuatan dan meraikan pandangan para sahabat, walaupun Baginda seorang Rasul. Tanpa rakyat siapalah kita.